Selamat Tahun Baru Cina buat semua warga perguruan berbangsa Cina
Gong xi Gong xi Gong Xi ni
dah lama tak rasa cutu panjang..eyahooooooooooooooo
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu ini meremang bulu tengkuk dan segala bulu-bulu yang ada sewaktu cikgu-cikgu saya menyanyikannya dipentas sewaktu Hari Guru.Lagu ini juga memberi kesan yang besar setelah saya mendaftar diri di Institut Perguruan Darulaman (IPDA) 14 Januari 2008.Sewaktu dihantar oleh isteri pada Isnin tersebut,saya melangkah masuk ke dewan besar dengan perasaan yang bercampur aduk.Maklumlah 4 tahun meninggalkan susana pengajian..dah berkarat segala memori dan hard disk…nampaknya hanya ada satu jalan iaitu format saja.Melangkah masuk tiba tiba saya ditegur…..cikgu! kenapa tak pakai tali leher?..alamak kantoi.Maklumlah dah lama tak pakai tie.Terkejut jugak dipanggilnya saya cikgu.Rupanya panggilan kepada saya sudah berubah.CIKGU!.betul ke apa yang aku dah buat nih………jangan jadi cikgu 25 sudah.
Rutin harian aku dah berubah.Terbalik kuang 180 darjah.Bangun seawal 3 pagi setelah tidur jam 2 pagi.Yes aku telah diorientasi selepas sekian lama aku yang mengorientasi orang.Beratur panjang.Makan ontimer,dengar ceramah arghhhhhhh…bosan cukup.Mujur seminggu saja.Kalau setahun alamat hard disk aku akan rosak dan sudah pasti wayar IDE aku akan putus dan mengakibatkan aku menjadi mereng.
Berlalu seminggu.Masuk kelas macam sekolah.Gerko,badan uniform…ya inilah rutin cikgu.Setahun ini akan menjadi satu pengalaman berharga..agar dapat memdidik anak bangsa.Ada orang mempertikaikan bahawa setahun tak cukup.Sebab itu cikgu tak berkualiti.Habis yang duduk belajar di universiti 4 tahun tak kira ke?Kalau masuk PTD pun bukan kena kursus setahun.Tapi still boleh jadi Pegawai Kanan Kerajaan jugak.Biasalah KPLI terus jadi Guru DG41,cuti banyak,kerja setengah hari.Yang penting boleh buat LOAN Bank.Sebab tu 60 ribu mohon KPLI,19 Ribu ditemuduga dan hanya 11 ribu yang dapat.Ada yang dah 8 kali mintak tak dapat.Member serumah aku umur 34 tahun baru berpeluang jadi cikgu dan ramai isteri orang di kelas aku.Yang tinggal anak dan suami demi menjadi cikgu(..atau terpaksa sebab takder kerja lain).
Tidak penting dimana kita berakhir tetapi dimana kita bermula.Mana ada pengalaman kalau tiada orang nak bagi peluang.Pengalaman boleh dicari tapi kelayakan payah jugak nak dapat.Langkah pertama membentuk visi seterusnya.Kalaupun menjadi guru bukan satu minat tetapi minat kan boleh dipupuk?kenapa anak kecil yang tak suka susu dipaksa jugak.Kenapa tak jamu kopi atau coca cola?Rasanya setahun di IPG akan membentuk sahsiah seorang guru.Kalau tidak tak perlu ada IPG.Dulu zaman sebelum perang kita belajar pada guru agama di rumah..ustaz dan pak haji.Dulu bukan ada universiti atau KPLi tetapi kenapa anak murid ramai yang berjaya?menjadi Orang?bukan kambing.
Pokoknya ada pada diri.Komitmen hanya dapat dibentuk pada jati diri.Setiap manusia bukan sama.Belakang parang kalau diasah pun boleh tajam.Bukan senang nak jadi guru.Guru juga perlu ada Ijazah Undang-undang untuk mendefend diri kalau disaman anak murid.Beratnya bahu guru menjadi tempat ibu bapa melepas beban mereka.Siang bekerja,malam tidur.Jadi anak anak diharap menjadi insan berguna.Kalau gagal guru lah yang bersalah.Kalau rotan cikgulah yang akan diheret ke mahkamah.Ibarat memberi telur ayam pada itik agar mengeramkan angsa emas.Ya itulah tugas guru…sekali guru sampai mati dipanggil cikgu.
Sahabat Guru sekelian
Marilah kita junjung komitmen dan etika perguruan.Jangan hanya mengharapkan gaji tanggal 25 haribulan.Didiklah diri agar mengasihani murid.Tunjuk ajar mereka agar mereka mampu berpijak dibumi nyata.Luangkan sedikit masa diwaktu lapang mengajar mereka tentang masyarakat.Bawalah mereka melihat dunia pada hari cuti.Leraikan masalah mereka dan anggaplah mereka sebahagian dari hidup kita.Usah jadi guru yang hanya mengajar sekerat hari,malam mengaut duit tuisyen yang beribu.Kelak kita akan dipersoalkn di hadapan mahkamah ALLAH Rabbul Jalil.
Salam dariku
Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat
Tanggal 14 Januari 2008, saya akan memulakan langkah baru.Menyertai kelompok cikgu seperti sahabat saya cikgu farizal@ibnuhassim dan ramai lagi.Maka saya akan terus memantapkan lagi blog ini sejajar dengan perkembangan bidang pendidikan,dan juga perkara yang paling saya minati…perniagaan.Tarikh tersebut akan menempa sejarah baru buat saya sebagai BAKAL CIKGU.
Syukur alhamdulillah….walaupun menjadi guru bukanlah cita cita saya namun takdir menentukan bahawa semua keluarga saya menjadi guru(ayah dan 9 ahli keluarga saya adalah guru).Selama setahun saya akan menjalani latihan perguruan di Kedah…tempat lahir saya.Menjadi guru adalah pilihan terakhir…namun setelah berfikir masak masak..maka saya membuat pilihan terakhir(walaupun tidaklah menekan butang kecemasan) kerana banyak faktor terutama ’secure’ atas kapasiti pegawai kerajaan.Lalu saya terpaksa melepaskan jawatan saya selaku Pegawai Khas kepada seorang ahli politik yang mempunyai masa depan yang cemerlang.Namun kos lepas tetap ada.Pilihan akan memaksa satu lagi pilihan dilepaskan.Itulah hidup.Dan saya berterima kasih kepada bos saya diatas segala tunjuk ajar yang berguna dan juga gentlemen beliau.Dan beliau adalah idola saya dalam perniagaan.Very smart person..cool and steady.Thanks Dato’.Budimu hingga akhir hayat ini dikenang jua.
Berat juga sewaktu keputusan ini diambil.Masa depan harus diutamakan.Pergi bermakna peluang yang terhidang akan terlepas.Tunggu bermakna selamat tinggal dunia pendidikan.Dan istikharah telah membuka pilihan yang wajar.Benar politik adakalanya pasang dan surut.Walaupun ribut tiada…sedar sedar gerimis pula muncul ditengah hari .Tetapi seandainya bijak mengambil peluang,bukan sekadar menempa nama dipersada malah menjadi sanjungan buat mereka yang berkepentingan.
Kini saya menghabiskan sisa sia perjuangan di daerah kecil ini.Sebelum mengikat diri sebagai penerus tradisi dan pembimbing bangsa.Selama setahun saya akan menjadi seorang pelajar kembali dan paling penting saya akan terus fokus didalam bidang perniagaan internet…setelah terlalu dihimpit oleh masa sewaktu bekerja.
Bayangkan setahun ini akan menjadi ujian paling getir.Setelah bermewah selama hampir 4 tahun.Mujur bekalan telah tersedia.Sejak mengenggam ijazah dan bekerja,inilah cabaran yang terpaksa dihadapi sebelum mula melangkah kaki sebagai seorang Guru DG41.
Menjadi guru,berinteraksi mahupun bersyarah dihadapan publik bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya kerana darah yang mengalir ini adalah darah guru.Namun peluang baru muncul setelah saya mendakap pengalaman yang maha mencabar.4 tahun mendepani karenah masyarakat marhaen yang memerlukan.Kini saya bakal mendepani anak bangsa yang bakal menjadi tonggak negara.Moga perjalanan ini dipermudahkan.
Tahun 2008 amat bermakna walau baru mencecah 5 hari.Tahun ini saya bakal menjadi pendidik.Tahun ini juga saya bakal menerima durian runtuh.Dan tahun ini juga saya bakal menimang cahayamata yang pertama.Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT diatas rezeki yang melimpah ini.Jangan kau jadikan aku lupa diatas segala nikmat dunia yang sementara ini.Moga rezeki ini akan terus berkekalan.
Dan 2008 bakal mencatat banyak kejayaan gemilang insyaallah.Blog ini akan diperkemaskan lagi setelah saya tidak lagi perlu pulang kerumah jam 3 pagi.Mungkin masa terluang setelah latihan GERKO akan saya manfaatnya sepenuhnya.Dan tahun ini juga Nadi Inabah akan bertapak sebagai salah satu konsultan yang berjaya di Malaysia.Terima kasih kepada paman Brig. Jen (B) Dato’ Najmi dan paman yang lain kerana sudi bersama membina satu tapak yang akan terus megah dipersada.
2008…semoga kecemerlangan akan terus bersinar.
Alhamdulillah,keputusan UPSR telah diumumkan hari ini dimana pelajar yang mendapat 4A bertambah dengan banyak Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.Bagi yang tidak berjaya,jangan mudah kecewa kerana perjalanan masih panjang lagi.
Ramai ibu bapa mahukan anak mereka ke sekolah yang baik.Pilihan untuk pelajar tertumpu kepada MRSM,Sekolah Berasrama Penuh dan juga sekolah harian biasa.Namun ibu bapa perlu melihat kecenderungan anak mereka.Jangan lupa untuk memahami kehendak anak anak kerana kesilapan dalam melihat minat anak anak bakal membawa kepada kegagalan dikemudian hari.
Kepada pelajar yang sedang menduduki SPM dan STPM…ayuh teruskan usaha mencipta kejayaan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar anda?Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini .Saya ingin buatkan anda sentiasa bersemangat dalam apa jua bidang sama ada perniagaan mahupun di bidang pendidikan.Insyaallah marilah sama sama kita meningkatkan keyakinan diri.Ayuh bersama menerobos sempadan dan membina keyakinan.Salam persahabatan